Seorang pemandu Grab dipenjara 41 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini kerana mencederakan, mencabul dan mengugut untuk membunuh penumpangnya seorang pelajar kolej yang menaiki kenderaannya untuk pulang ke asrama, tahun lepas.

Majistret Haslinda A.Raof menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhamad Izuwan Kamaruddin, 39, selepas tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah pada perbicaraan hari pertama kesnya hari ini.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 12 bulan bagi pertuduhan mencederakan, 14 bulan bagi pertuduhan mencabul dan 15 bulan untuk pertuduhan mengugut yang berjalan secara berturut-turut bermula hari ini.

http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1450190