SKMM gesa rakyat tidak pandang remeh ancaman berita palsu

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggesa rakyat di negara ini supaya mengikis sikap negatif dan tidak memandang remeh terhadap ancaman berita palsu yang boleh memberi impak kepada kehidupan mereka.

Pengarah Kanan Bahagian Advokasi dan Jangkauan SKMM, Eneng Faridah Iskandar berkata, berita palsu merupakan masalah yang bukan sahaja berlaku di negara ini bahkan ia juga berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan United Kingdom.

“Tahap keseriusan ancaman berita palsu itu, akhirnya telah mendorong kerajaan di negara-negara tersebut bagi melaksanakan pelbagai langkah proaktif untuk memerangi bahana berita palsu.

“Ancaman berita palsu ini tidak mengenal mangsa dan turut memberi kesan kepada emosi seseorang, reputasi sesebuah organisasi mahupun kesejahteraan dan keharmonian negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

http://www.kosmo.com.my/negara/skmm-gesa-rakyat-tidak-pandang-remeh-ancaman-berita-palsu-1.661820