'Geng RRU' curi komponen alat telekomunikasi tumpas

‘Geng RRU’ cukup terkenal dengan kepantasan dan kecekapan mereka mencuri komponen telekomunikasi.

Sindiket ini bergiat aktif mencuri komponen milik syarikat telekomunikasi di sekitar Kuala Muda, Kulim dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun kegiatan mereka tumpas selepas polis berjaya menahan empat lelaki sejak 19 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC Mior Farid Alatrash Wahid memaklumkan empat lelaki itu ditahan secara berasingan di Kuala Muda, Sungai Petani dan Kulim. “Hasil siasatan awal mendapati semua tangkapan bergiat aktif dalam jenayah tersebut sepanjang tahun 2018.

“Daripada soal siasat, sebanyak 19 radio remote unit (RRU) milik Digi, Maxis dan U Mobile telah dirampas di Jalan Besar, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dan kesemua rampasan adalah positif bagi beberapa kes yang telah dilaporkan di sekitar Pulau Pinang dan juga Kedah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM600,000.

Tambah Mior Farid, pihak polis telah menerima lebih 100 laporan daripada pelbagai syarikat telekomunikasi berhubung kehilangan RRU ini.

Setiap unit dianggarkan bernilai lebih RM30,000. Difahamkan, sindiket ini mendapat keuntungan sebanyak RM2,000 setiap seunit.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/geng-rru-curi-komponen-alat-telekomunikasi-tumpas-184738

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *