Kad prabayar: Syarikat telekomunikasi diarah bayar rebat kepada pengguna

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan terdapat sedikit kekeliruan membabitkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas pembelian kad prabayar telekomunikasi.

Guan Eng berkata,  kekeliruan dipihak syarikat telekomunikasi itu menyebabkan pengguna kad tambah nilai terpaksa menanggung caj berkenaan apabila pembelian kredit tambah nilai kad prabayar mereka dipotong.

Berikutan itu, pihaknya akan mengeluarkan arahan supaya syarikat telekomunikasi membuat rebat pembayaran bagi memastikan pengguna prabayar menerima kredit sepenuhnya tanpa potongan.

“Ada sedikit kekeliruan, Saya rasa syarikat telco ini yang buat kita pening kepala , tetapi kita telah keluarkan arahan yang beli kad prabayar beli RM10 akan dapat RM10 dan 6 peratus (cukai) tidak akan dibayar oleh pembeli.

“Sebaliknya kerana ada masalah teknikal apa yang berlaku kita akan minta mereka (telco) beri rebat,” kata beliau selepas menghadiri Taklimat SST bersama Menteri Kewangan di sebuah hotel di sini  hari ini.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kad-prabayar-syarikat-telekomunikasi-diarah-bayar-rebat-kepada-pengguna-184506