Dua jenama lingkaran nyamuk diharamkan

Dua produk lingkaran nyamuk dilarang penjualannya di pasaran tempatan.

Ubat nyamuk jenama Zenden Micro-Smoke dan Jianbao Mosquito Coil keluaran negara China diharamkan penjualannya oleh Jabatan Pertanian.

Ketua Pengarahnya, Datuk Jamal Harizan Yang Razali berkata produk tersebut didapati tidak berdaftar secara sah dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP).

“Mana-mana premis atau individu yang didapati menjual produk tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 20 (3) Akta Racun Makhluk Perosak 1974 yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

“Bagi pengguna yang memiliki dan menggunakannya boleh didakwa di bawah Seksyen 53A(1)(A) akta yang sama dan jika disabit kesalahan akan dihukum penjara selama setahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-jenama-lingkaran-nyamuk-diharamkan-192404

Have a comment? Type it below!