Ganabatirau mohon maaf atas kenyataan isu kuil Seafield

Exco Selangor, V Ganabatirau hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mengatakan kumpulan orang Islam menyerang Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 26 November lepas.

Exco pemberdayaan dan pembangunan sosial ekonomi dan kerajaan prihatin itu membuat permohonan maaf itu di Dewan Negeri Selangor.

“Selepas mendapat nasihat banyak pihak khususnya barisan kerajaan dan pembangkang saya telah menukar kenyataan saya daripada kumpulan Islam kepada kumpulan gengster dan saya juga ingin mohon maaf kerana menyinggung perasaan mana-mana pihak,” katanya.

Ganabatirau dikecam selepas didakwa mengatakan “Muslim group” atau kumpulan orang Islam menyerang kuil dalam satu catatan Facebook. Menurut laporan media, Ganabatirau kemudian menyunting catatan itu, menggantikan “Muslim group” kepada “group of gangsters” atau sekumpulan samseng.

Ketua Pembangkang Rizam Ismail pada sidang media hari ini menyambut baik permohonan maaf itu, dan berharap perkara seperti itu tidak berulang.

Ganabatirau mohon maaf atas kenyataan isu kuil Seafield

Have a comment? Type it below!