Isu kuil: Bomba Selangor buat laporan polis

Satu laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkenaan dakwaan seorang anggotanya, Muhammad Adib Mohd Kassim, dilanggar jentera bomba dalam satu insiden berhubung kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya.

Laporan polis itu dibuat Ketua Pengarah JBPM Selangor, Azmi Osman di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya pada pukul 9.56 malam.

Beliau turut berkata imej yang tular di media sosial yang kononnya menunjuk Muhammad Adib berdiri di belakang jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba adalah tidak benar sama sekali.

“Itu bukan Adib. Kita ada ramai saksi anggota lain yang berada di lokasi kejadian, mereka yang buat dakwaan itu hanya berdasarkan video yang tular dan tidak berada di lokasi.

“Kami nafi sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat pihak terbabit,” katanya kepada media di sini.

Keadaan jentera EMRS Bomba yang terbabit dalam insiden rusuhan pada awal pagi Selasa.

Keadaan jentera EMRS Bomba yang terbabit dalam insiden rusuhan pada awal pagi Selasa.

Tambahnya, pihak bomba kini menyerahkan sepenuhnya kes berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan.

“Kita ada bukti dan kita serahkan kepada pihak polis untuk ambil tindakan,” kata Azmi lagi.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-kuil-bomba-selangor-buat-laporan-polis-192321

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *