Muhammad Adib dilanggar jentera bomba sedang mengundur, bukan diserang ?

Maklumat dan video yang tular di media sosial mencetuskan persoalan adakah anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini sedang bertarung nyawa itu cedera dibelasah sekumpulan individu atau menjadi mangsa kemalangan di lokasi kejadian?

Muhammad Adib didakwa diserang dalam kekecohan di Kuil Maha Mariamman USJ25, Seafield, Subang Selangor dikatakan dilanggar jentera bomba yang sedang berundur pada malam Selasa.

Malah, menerusi sebuah video yang diterima Astro AWANI, Muhammad Adib diangkat dan diselamatkan oleh sekumpulan individu bangsa India yang berada di tempat kejadian.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhammad-adib-dilanggar-jentera-bomba-sedang-mengundur-bukan-diserang-perusuh-192269

Have a comment? Type it below!