Video: Peguam upah penceroboh jaga kuil tindakan salah – Dr M

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap tindakan peguam syarikat pemaju yang mengupah sekumpulan lelaki untuk menceroboh kuil bagi tujuan mengawalnya sebelum ketibaan pihak pemaju dan polis pada pagi 26 November lalu, adalah satu perbuatan yang salah.

Beliau berkata demikian mengulas pertanyataan pemberita berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendedahkan penglibatan peguam syarikat pemaju yang mengupah setiap seorang seorang daripada mereka menerima bayaran antara RM150 hingga RM300 untuk melakukan kerja menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

Mahathir berkata demikian selepas melawat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Muhammad Adib Mohd Kassim yang menjadi mangsa kekecohan di kuil tersebut tempoh hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *