Muhammad Adib boleh tulis, komunikasi guna papan putih

Anggota bomba yang parah akibat diserang kumpulan perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya awal pagi 27 Nov lalu mula memberikan respons dengan menulis pada papan putih untuk berkomunikasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata pihak Institut Jantung Negara (IJN) memaklumkan keadaan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim kini semakin pulih dan boleh bertindak balas dengan baik.

“Pihak IJN memaklumkan Muhammad Adib masih tidak boleh dilawati buat masa ini jadi saya menghormati perkara itu.

“Bagaimanapun, pakar perubatan sempat memberitahu perkembangan Muhammad Adib yang kini memberikan respons untuk berkomunikasi dengan menulis di papan putih,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di IJN, hari ini.

Muhammad Adib boleh tulis, komunikasi guna papan putih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *