Sultan Perak Pemangku Agong?

Mesyuarat khas Majlis Raja-raja yang berlangsung di Istana Negara, hari ini difahamkan memutuskan supaya Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diangkat sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong.

Berdasarkan laporan New Straits Times (NST) hari ini, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat dihadiri enam daripada sembilan Sultan dan Raja iaitu dari Perlis, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Kedah.

Pada mesyuarat khas itu, Sultan dan Raja yang hadir menetapkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas Majlis Raja-raja memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Bagaimanapun, butiran lanjut berkenaan mesyuarat hari ini akan dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan.

Mesyuarat berkenaan diadakan susulan Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat-kuasa semalam.

Baginda ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016 dan tempohnya sepatutnya berakhir pada tahun 2021.

Sehingga Majlis Raja-raja belum memilih Yang di-Pertuan Agong yang baharu maka Sultan Nazrin Muizzuddin Shah difahamkan akan terus memangku jawatan itu.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/409461/sultan-perak-pemangku-agong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *