B40 & OKU di Sabah, Sarawak boleh tuntut Dekoder Percuma MyFreeView – MCMC

Warga B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang layak dan berdaftar di negeri Sabah dan Sarawak, adalah digalakkan untuk menuntut dekoder percuma myFreeview di pusat-pusat pengagihan terdekat secara berperingkat bermula 15 Februari ini.

Sebanyak tujuh (7) pusat pengagihan, iaitu satu (1) di Sabah dan enam (6) lagi di Sarawak telah dikenal pasti untuk mengagihkan dekoder percuma kepada warga B40 dan golongan OKU tersebut daripada pukul 9:00 pagi hingga 4:30 petang. (sila lihat jadual di bawah).

PUSAT PENGAGIHAN DEKODER PERCUMA MYFREEVIEW DI SABAH

Lokasi Alamat Tarikh Pengagihan
Kota Kinabalu Kompleks Bersepadu

KKMM, Off, Jalan Lintas,

Kepayan

20-22 Feb
   
   

PUSAT PENGAGIHAN DEKODER PERCUMA MYFREEVIEW DI SARAWAK

Lokasi   Alamat   Tarikh Pengagihan
Kuching Aeroville Mall, Kuching

Lot 19923 (Phase 2) Block 11,

Jalan Stutong Baru

15-16 Feb
   
   
  E-Mart Batu Kawah, Kuching

Lot 6369, Block 225 KNLD, 4th

Mile, Jalan Batu Kawa, Taman

Desa Wira

17-18 Feb
   
   
   
Miri E-Mart Tudan, Miri

Emart Commercial Centre, Block B, Phase 3, Jln Tudan, Tudan

26 Feb
   
   
   
  Dewan Suarah Miri, Miri

Jalan Merdu

27-28 Feb
   
Bintulu Times Square Mall, Bintulu

SMK Nangka, Sibu

Jalan Tun Abang Haji Openg,

Pekan Sibu

1-2 Mac
  7-8 Mac
Sibu  
   

Orang ramai dinasihatkan untuk membawa bersama kad pengenalan untuk tujuan pengesahan. Selain itu, sekiranya anda ingin menyemak kelayakan untuk mendapatkan dekoder percuma, sila mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Melalui SMS: Taip MYTV (jarak) DEKODER (jarak) (nombor kad pengenalan anda) dan hantar ke 15888, atau
  2. Layari: mytvbroadcasting.my/B40, atau
  3. Hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan myFreeview di talian 1-300-80-6988 atau 1-800-18-1088

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh layari www.myFreeview.tv atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1-800-18-1088 atau 1-300-80-6988 daripada pukul 8:00 pagi sehingga 10:00 malam setiap hari, termasuk cuti umum. Permohonan set dekoder percuma untuk warga B40 yang layak juga boleh dibuat melalui e-mel ke digitaltv@mcmc.gov.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *