MYTV menyusun lagi frekuensi Siaran TV Digital myFreeview

Dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan, MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) akan melakukan kerja-kerja penyusunan semula frekuensi siaran digital TV di stesen pemancar TM Pelangi, Skudai, Gunung Pulai yang terletak di Johor Bahru dan stesen pemancar Bukit Bauk di Terengganu.  Perubahan frekuensi ini adalah sejajar dengan perancangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyediakan frekuensi di dalam jalur 700 MHz bagi kegunaan perkhidmatan jalur lebar atau 5G.

Proses ini melibatkan perubahan satu frekuensi sahaja dari stesen pemancar yang terlibat. Untuk makluman, siaran digital myFreeview dihantar melalui 2 frekuensi dari setiap stesen pemancar.

Jadual kerja-kerja penyusunan semula frekuensi yang akan dilakukan diantara jam 0100-0600 adalah seperti berikut:

 

No

 

Tarikh

 

Stesen Pemancar dan Lokasi

Frekuensi Lama Frekuensi Baharu
Frekuensi Pertama Frekuensi Kedua Frekuensi Pertama Frekuensi Kedua
1 9 Jun 2020 TM Pelangi,

Johor Bahru

CH47 (682MHz) CH49  (698MHz) CH47

(682MHz)

CH43 (650MHz)
2 10 Jun 2020 Skudai,

Johor Bahru

CH47 (682MHz) CH49  (698MHz) CH47 (682MHz) CH43 (650MHz)
3 11 Jun 2020 Gunung Pulai, Johor Bahru CH47 (682MHz) CH49  (698MHz) CH47

(682MHz)

CH43 (650MHz)
4 16 Jun2020 Bukit Bauk, Terengganu CH30 (546MHz) CH52 (722MHz) CH30 (546MHz) CH32 (562MHz)

Kawasan yang terlibat adalah keseluruhan Johor Bahru, Pasir Gudang dan Skudai.   Manakala bagi kawasan pemancar di Terengganu, kawasan yang terlibat adalah Dungun, Bukit Besi dan Ketengah.

Anda dinasihat agar meletakkan dekoder atau TV berintegrasi digital (IDTV) di dalam keadaan ‘standby mode’.  Sekiranya terdapat masalah penerimaan siaran selepas kerja-kerja penyusunan frekuensi ini, anda perlu melakukan PENALAAN SEMULA dekoder atau IDTV anda bagi mendapatkan frekuensi yang baharu.   Anda juga boleh menyemak senarai frekuensi yang baru di laman sesawang MYTY.

Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088.

Have a comment? Type it below!