Tech News

Cyber Attack on Malaysian Armed Forces (ATM) Website

Angkatan-Tentera-Malaysia-ATM

The Malaysian Armed Forces (ATM) confirmed that there was a cyber attack on its data network yesterday.

ATM Commander General Tan Sri Affendi Buang said the incident was detected by the Defence Cyber ​​and Electromagnetic Division (BSEP), as well as the ATM Cyber ​​Defence Operations Centre (CDOC).

Yesterday, the ATM web portal was believed to have been hacked by irresponsible parties by displaying indecent pictures on the portal at about 12 noon.

Full statement released by Angkatan Tentera Malaysia (ATM) on its Facebook page this morning as below:

angkatan-tentera-malaysia-website-hack-statement-29-december-2020

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM ingin menegaskan bahawa aspek keselamatan siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersiapsedia bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan dapat dikesan awal seterusnya ditangani sewajarnya.

ATM ingin mengesahkan bahawa telah berlaku serangan siber terhadap rangkaian data milik ATM. Insiden itu telah dikesan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM.

Sebaik serangan bermula, BSEP dan CDOC telah melaksanakan pengasingan trafik data bagi tujuan mengaburkan lokasi sebenar data-data berdarjah seterusnya melindungi rangkaian yang menjadi sasaran penggodam.

Serangan siber tersebut gagal menjejaskan operasi portal sebenar sebaliknya hanya berjaya menggodam segmen tertentu yang telah diletakkan di luar rangkaian sejak awal lagi. ATM juga menyedari wujudnya cubaan serangan siber yang berterusan terhadap rangkaian maklumat yang dimiliki oleh pihak Kementerian Pertahanan dan ATM.

Justeru, ATM sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa kesemasa terutama melalui peranan BSEP dan CDOC yang bukan sahaja memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan Negara.

Have a comment? Type it below!

loading...
Back to top button

Adblock Detected

Hi, kindly remove your adblocker to view this page.