Apa Yang Diperlukan Untuk Menjadi Game Changer – Galaxy A42 5G

Samsung-Galaxy-A42-5G-Malaysia-Prism-Dot-Black

Sama ada untuk gamers, juru gambar, atau pengguna yang hanya memerlukan peranti untuk produktiviti harian, ciri-ciri terkini Galaxy A42 5G baharu ini membawakan inovasi mudah alih yang menawarkan pengalaman yang lebih baik dan banyak lagi. Ia menjadi satu kemestian dengan harga yang pastinya akan menarik minat pengguna.

Pembelian peranti 5G dengan harga mampu milik boleh menarik perhatian pengguna terutamanya mereka yang pragmatik dan sentiasa menggunakan peranti mereka untuk jangka masa yang lebih lama kerana ia boleh memenuhi keperluan teknologi masa depan.

Galaxy A42 5G dihadirkan dengan kuad kamera yang menghasilkan gambar hebat. Tampil dengan kamera utama 48MP yang merakam momen kehidupan dengan lebih jelas; Ultra Wide kamera 8MP untuk merakam sudut gambar yang lebih luas; tambahan dengan kebolehan untuk menyesuaikan fokus dengan kamera Depth 5MP, atau merakam gambar dengan lebih terperinci dengan kamera Makro 5MP.

Peranti ini juga menawarkan pengalaman hiburan yang diperkayakan, permainan mudah alih yang lancar, perkongsian kandungan berkualiti tinggi dan muatnarik yang pantas. Dilengkapi dengan bateri 5,000mAh dan pegecasan pantas yang memberikan kuasa kepada peranti, untuk bertahan sepanjang hari. Lebih baik lagi, peranti ini dapat menampung sokongan MicroSD sehingga 1TB untuk merakamkan momen yang ingin anda abadikan tanpa perlu bimbang tentang kehabisan ruang simpanan.

Berakhir pada 3 Januari 2021, miliki Galaxy A42 5G dengan harga pasaran yang disyorkan sebanyak RM1,599 dan terima satu Pengecas Pantas Kereta Samsung secara percuma.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Galaxy A42 5G, sila layari di sini

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A42 5G, sila layari di sini

This article is written by Samsung Electronics Co., Ltd.

Have a comment? Type it below!