Digi 300MB for RM1 – Pok3Pack TRAINER

Diskaun 10% untuk pembelian dalaman aplikasi Pokemon-GO apabila anda membayar melalui Google Play Direct Billing. Eksklusif untuk pelanggan Digi.

Pok3Pack TRAINER menawarkan data sebanyak 300MB untuk RM1 dan dengan tempoh penggunaan selama sehari, sementara Pok3Pack Master pula menawarkan data 500MB untuk RM3 dengan tempoh penggunaan selama tiga hari.

Pembelian data ini adalah hanya eksklusif melalui Digi Online ataupun aplikasi MyDigi. Menurut pihak Digi, data yang dibeli turut boleh digunakan untuk aktiviti online lain, dan tidak terhad untuk Pokemon Go sahaja.

Disamping itu, Digi juga turut menawarkan diskaun untuk pembelian aksesori seperti Powerbank melalui Digi Store dan Digi Store Ekspress. Digi menawarkan diskaun sehingga 25%, tetapi terlebih dahulu memerluka sebanyak 25 Pokemon dalam Pokedex pengguna.

Digi Menawarkan Pakej Internet Khas Bersempena Pokemon Go – Bermula RM1 Untuk 300MB